hai assalamualaikum :)
Setelah sekian lama tak mengupdate blog at last YANG MAHA KUASA telah memberi sedikit ruang untuk saya menceritakan perjalanan hidup saya beberapa hari ini. Start from my belated birthday, terima kasih YANG MAHA KUASA masih memberi peluang kepada saya untuk teruskan kehidupan. Tup tup dah 18tahun. Rasa macam terlalu cepat untuk ke arah lapan belas. Masih banyak yang saya tak tahu tentang lapan belas. Hopely sissy sissy kat luar sana bantu saya untuk ke dunia lapan belas :) cerita fasal belated birthday, memang sangat sedih sebab tak dapat nak cuti kerja even chinese new year waktu tu. Kena pergi function kat rumah orang cina. Nasib baiklah ada Alim, Acap & Jack waktu tu. Takdelah saya bingung sangat. BUT pagi tu my mom dah siapkan kek atas meja.
Inilah keknya. MOM'S MADE okaih.tengah2 malam dia buat sampai tidur pukul satu lebih. thanks a lot mom n dad :) and this is present from my dad :
thanks so much dad for the boot :)
continue cerita tadi > habis function pukul 5petang then balik rumah makan mandi terus pergi kerja pukul 6pm. Tak sempat nak rehat langsung. Bila Pumpkin House tutup time 23hb haritu, saya dihantar bekerja ke BREAD9 bandar utama. Kerjalah situ sampai 11:30 malam sebab customer kat situ ramai sangat. Malam tu memang saya penat sangat sehinggalah kepenatan saya terbawa-bawa masa naik mator nak pulang rumah. Suddenly saya accident dengan kereta. Nasib baik tak cedera parah tapi sangat sedih celebrate birthday tahun ni ;'( By the way esok malamnya lepas balik kerja saya jumpa dia dan belanja dia makan kat kedai yang saya kerja then sebelum balik rumah saya suruh dia bawa saya jenjalan pusing suku segamat and nyanyikan lagu YOU ARE MY SUNSHINE >full version punye< Thanks sangatlah sebab melayan kerenah saya ni. Saya happy walaupun awak masih main handphone waktu kita beborak. Agak kecil hati but nevermind ~ just ignore saja. And thanks untuk Caemong yang tolong buatkan air favourite kami bedua *carrotsusu* and dia tak ada hadiah untuk saya dan saya hanya bagi dia choklert from subang airport saja. oke wanna say gudbye untuk diaa .......
Dan hari seterusnya berjalan macam biasa sehinggalah tanggal 31hb Januari 2012, saya menghadapi satu test yang agak menyeramkan jugak laa. Saya test JPJ pada tarikh itu. Bila angka giliran saya paling akhir, rasa gementar tu makin lama makin kurang and at last turn saya untuk test bahagian dalam >bukit;parking;tiga penjuru< dan bahagian luar >jalanraya< Alhamdulillah tak dapat JPJ perempuan yg bengis tu. Walaupun nafas lega dah ditarik tapi masa nak check lima perkara saya terlupa nak pasang seatbelt! dah nak keluar jalanraya barulah perasan. apemendelah kan! masa tu dah hilang satu mark. Cuak gila kot tak lulus. Bila dah keluar jalan raya saya rasa tenang dan dengan selambanya bawa kereta sesuka hati. Rasa suka sangat bawa kereta masetu. Tak tahulah kenapa kan. Maybe sebab dah tahu yang saya memang akan lulus :) And YESS saya memang benar benar lulus ! THANKS ALLAH :D lepas tu turn untuk test motor pula. Dan keyakinan dalam diri sangatlah tinggi untuk lulus dalam last test ni dan nasib menyebelahi diri :) saya lulus kedua-duanya ! alhamdulillahh !!! Balik rumah menjerit tak tentu pasal and suka sangat. Ayah and Ibu belanja KFC petang tu konon-2 meraikannya laa.hahaa :D Bila ada lagi satu jam untuk saya pegi kerja, ibu suruh singgah kedai motor sebab nak betulkan brek belakang yang dah bape tahun tak makan tu. Bila dah sampai kedai, orang kedai cakap kena tunggu lama sebab tengah banyak motor. Then saya Ibu dan Ayah tengok-2 motor kat situ. Ada satu skuter ni brand SYM kot, cantek gilaa sehh!! geram sangat dan dah naik dan duduk dah pun atas skuter tu tapi bila tanya harga seriusly mahal gila. Ibu terus diam je although dia geram sebab kaler merah skuter tu menarik minat mata dia. Bila ibu dah nampak skuter favourite saya >DEMAK< , saya pun teruslah bodek-2 nak mintak skuter tu. SANGAT SURPRISE sebab ibu serius nak belikan! OH MY GOD! serius mom??? okeh i choose the black one. and skuter merah buruk tu ibu nak jual. okay fine~
Keesokan harinya iaitu 01/02/2012 ibu berubah hati tak nak jual skuter merah tu sebab kaler dia ibu suka. Then ibu cakap ibu belikan skuter chomel tu atas nama saya so saya pilihlah colour pink putih :) Petang tu saya pergi kerja naik skuter baruuuuuu !!!!!
comel kan? kaler pink pink gituuu ~ alololooorhh saya gedik sangat !harap jangan jeles ;)
THANKS sangat untuk ibu sebab belikan skuter ni untuk along I LOVE YOUUUU !!!! muahmuaahh :* maybe nextweek gaji masyiukk! harap harap dapat banyak sebab saya rasa saya dah banyak OT kot heheee. Bila gaji dah masyuk perkara first saya nak buat is :
1- Tukar kusyen motor jadik kaler PINK! mueheeeheeh
2- Bayar seratus kat ibu untuk skuter setiap bulan
3- Ofkorse belanja my family :)
4- Modify skuter nak jadik lagi comel
5- Nak cari helmet PINK
6- Cari kasut PINK dan MERAH
7- Cari cardigan PINK
sekian sahaja, terima kasih daun keladi.lainkali saya post lagi :)
No comments:
Post a Comment